freshicecream

Sunday, April 10, 2005

EKONOMI MALAYSIA

Keadaan Dan Pertumbuhan Ekonomi Malaysia

Artikel ini membincangkan keadaan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia .Antaranya adalah Keluaran Negara Kasar(KNK) mengikut Agregat Permintaan ,Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), Imbangan Pembayaran, Inflasi,Guna Tenaga,Pengangguran dan sumber-sumber lain.Sementara itu, satu kajian juga dibuat terhadap sumbangan pelbagai sektor ekonomi dan mengkaji bagaimana ia berubah mengikut masa untuk menggambarkan perkembangan pelbagai sektor ekonomi di negara ini. Selain itu, dengan menggunakan data, kadar inflasi dan guna tenaga di Malaysia juga dikaji tentang implikasinya daripada penciptaan peluang pekerjaan dan kadar pengangguran. Ini bertujuan mencerminkan kadar inflasi dan kadar pengangguran saling berkaitan dalam perkembangan ekonomi Malaysia.Analisa dalam Keluaran Negara Kasar (KNK) mengikut Agregat PermintaanJadual KNK dapat melihat trend perkembangan sektor-sektor di Malaysia . Melalui masa, kita boleh mengesan bahawa eksport negara sentiasa menunjukkan perkembangan yang positif dan menggalakkan. Kadar pertumbuhan antara tahun 1990-1997 melebihi 7%. Ini adalah disebabkan negara kita merupakan sebuah negara yang semakin beralih kepada sebuah negara perindustrian.Dasar kerajaan yang menggalakkan pelaburan asing membuka kilang-kilang terutamanya barangan elektrik dan elektronik di Malaysia contohnya Siemens, Nokia, National semiconductor (NS) dan sebagainya kerana kos pengeluaran yang rendah . Galakan daripada kerajaan Malaysia seperti menyediakan zon perdagangan bebas di Seberang Prai dan juga pengecualian cukai bagi tempoh tertentu. Keadaan ini meningkatkan eksport negara. Dari tahun 1990 hinnga 2001 eksport negara mengalami pertumbuhan yang menggalakkan.Pada pertengahan tahun 1997, negara kita telah diserang krisis ekonomi. Kejatuhan nilai mata wang yang mendadak telah menggalakkan lagi eksport keluar negara kerana nilai mata wang yang rendah menjadikan barangan kita lebih murah. Sektor eksport juga merupakan penyumbang utama kepada KNK Malaysia dari tahun 1985 hingga 2001.Bagi import di Malaysia, peningkatan purata import dari tahun 1990 hingga 1995 ialah 19.1%. Ini boleh dijelaskan dengan pendapatan rakyat negara meningkat dan permintaan terhadap barang import telah bertambah. Sementara itu, ia mungkin disebabkan oleh pengimportan barang-barang modal seperti jentera, mesin dalam meningkatkan pengeluaran dalam sektor perkilangan. Sekiranya kita menumpu kepada tahun 1997-1998 di mana ekonomi negara kita sedang mengalami kemelesetan ekonomi, pertambahan import negara telah mengalami pertumbuhan yang kurang aktif, di mana pada tahun 1998, import menurun 18.8% berbanding 1997. Walau bagaimanapun, import merupakan komponen yang besar dalam KNK Malaysia. Kejatuhan nilai matawang menyebabkan barang import menjadi mahal.Sekarang kita akan meninjau kepada satu sektor yang bukan sahaja sentiasa dalam keadaan negatif tetapi keadaan yang semakin membimbangkan, iaitu bayaran faktor bersih ke luar negeri. Perkhidmatan pakar dari luar negara diperlukan bagi memperkembangkan ekonomi negara serta penghantaran balik untung pelabur asing ke negara asal mereka. Selain itu, banyak belia melanjutkan pelajaran ke luar negara, ini menyebabkan pengaliran keluar wang Malaysia. Seterusnya, kita akan meninjau kepada pembentukan modal dalam KNK negara komponen ini sentiasa menunjukkan peningkatan yang menggalakkan mengikut masa sejak tahun 1990-1997. Seperti yang diterangkan di atas bahawa ini adalah disebabkan kemasukan modal dari luar negara. Akan tetapi, keadaan ini tidak dapat kekal lama semasa negara dilanda krisis ekonomi pada 1997 dan 1998. Pada kedua-dua tahun ini, pertumbuhan sektor pembentukan modal swasta menunjukkan pertumbuhan negatif.Punca utama fenomena ini adalah semasa kemelesetan ekonomi, imbangan pembayaran adalah tidak kukuh dan ini memberi peluang spekulator membuat spekulasi di Bursa Saham dan menyebabkan indeks di Bursa Saham jatuh dengan seriusnya iaitu kejatuhan yang lebih kurang 50%. Pelabur-pelabur asing mula menarik balik modal mereka sebab bimbang akan keadaan yang ekonomi yang tidak stabil di negara kita.Perbelanjaan penggunaan adalah penyumbang utama juga dalam KNK negara. Sektor ini juga menunjukkan perkembangan yang positif serta menggalakkan sepanjang masa. Tetapi sektor ini menunjukkan pertumbuhan yang negatif pada tahun 1997 sama ada dalam penggunaan awam dan penggunaan swasta di mana negara kita mengalami kemelesetan ekonomi. Keadaan ini disebabkan pelaburan yang rendah dan Kadar bunga adalah tinggi menyebabkan rakyat memilih menyimpankan wang di bank serta rakyat juga bersikap lebih berjimat cermat kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu. Sementara itu, kerajaan juga mengurangkan perbelanjaannya, ini boleh dilihat apabila menghentikan beberapa projek mega yang dalam perancangan seperti Lebuh raya Genting-Cameron-Fraser, Lapangan Terbang Wilayah Utara, Fasa 2 Putrajaya dan Empangan Bakun.Kerajaan telah menukar dasar pada tahun 1998 iaitu menggalakkan perbelanjaan dan menurunkan kadar bunga. Ini menyebabkan rakyat mengeluarkan wang mereka daripada bank kerana kadar bunga yang rendah. Dalam keadaan ini, penggunaan swasta telah meningkat semula dengan tidak banyak berbanding dengan pertumbuhan sebelumnya.Seterusnya kita boleh menumpu pada pertumbuhan KNK Malaysia secara keseluruhannya. Dalam tempoh 1985-1992, kadar pertumbuhan adalah 9.4% puratanya dan pada 1990-1995 adalah 8.5% puratanya. Keadaan ini adalah hasil daripada kebijaksanaan pemimpin-pemimpin negara dalam mengetuai negara kita ke arah kemajuan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1997 semasa negara kita mengalami disekonomi akibat serangan spekulator asing di pasaran saham negara kita, pertumbuhan ekonomi telah mengalami pertumbuhan negatif pertama dalam lingkungan 15 tahun yang lepas. Banyak firma-firma yang ditubuhkan oleh usahawan tempatan terpaksa menggulung tikar sebab bank-bank menarik balik pinjaman serta mengetatkan syarat pinjaman semasa kemelesetan ekonomi. Bagi menjimatkan kos banyak firma memecatkan pekerja-pekerja dan menyebabkan pengangguran berlaku. Selain itu berlaku penggabungan bank-bank bagi meningkatkan modal dan kecekapan bank tempatan. Penggabungan bank-bank juga telah menyebabkan pemecatan pekerja.ANALISA IMBANGAN PEMBAYARANAkaun imbangan dagangan menunjukkan pertambahan di mana eksport sentiasa melebihi import barangan sejak tahun 1983. Ini mungkin disebabkan oleh oleh perkembangan sektor perkilangan di negara ini. Dalam Rancangan Malaysia keempat (1981-1985) seta Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) masing-masing memberi penekanan dalam sektor perkilangan .Dasar Perindustrian Negara, amat mengalakkan eksport sektor pembuatan dan pelbagai strategi telah dibuat untuk meningkatkan eksport. Selain itu, dalam Pelan Induk Perindustrian telah giat mencari pasaran baru bagi eksport, mempelbagaikan eksport dan menggalakkan sektor gantian import dan sebagai untuk memperkembangkan eksport negara. Tumpuan utama turut diberi kepada perkembangan industri kecil dan sederhana yang dapat mengalakkan eksport.Akaun imbangan dagangan 1998 telah meningkat lebih kurang 573% berbanding dengan tahun sebelumnya.Ini kerana setelah negara mengalami kemelesetan pada 1997, negara kita telah menyedari kepentingan sektor eksport kepada negara dan mula memperkembang lagi sektor ini. Kerajaan juga berusaha memperkembangkan industri yang boleh menggantikan barangan import seperti makanan. Kejatuhan nilai mata wang negara, barangan Malaysia menjadi lebih murah berbanding dengan negara lain dan ini menyebabkan eksport negara meningkat.Akaun imbangan perkhidmatan pula sentiasa menunjukkan angka yang negatif, ini adalah disebabkan oleh penggunaan perkhidmatan luar negara. Misalnya, tambang dan insurans, pendapatan pelaburan dan urus niaga kerajaan. Selain itu, syarikat insurans adalah merupakan firma-firma luar negara. Bayaran insurans merupakan aliran wang keluar dari negara. Bagi pendapatan pelaburan pula, ia meliputi keuntungan, bunga atas modal yang dilaburkan serta dividen. Ia sentiasa menunjukkan negatif kerana untung yang diperolehi oleh pelabur-pelabur asing kebanyakan dihantar balik ke negara asal dan kurang melaburkan balik di negara ini. Mulai 1990 angka perjalanan mula menunjukkan aliran nilai positif dan sentiasa menunjukkan peningkatan . Ini adalah kerana dalam Dasar Pembangunan Rancangan Malaysia Kelima, tumpuan juga diberi untuk mempertingkatkan perusahaan pelancongan bagi menambahkan pendapatan negara dengan menggalakkan sektor swasta membina hotel, menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia, serta mengisytiharkan tahun1990 dan 1994 sebagai Tahun Malawat Malaysia. Jadi, dalam imbangan dagangan dan perkhidmatan sentiasa menunjukkan nilai yang negatif kerana import perkhidmatan yang berlebihan sentiasa lebih tinggi daripada nilai eksport bersih.Pada 1987 dan 1988, imbangan modal jangka panjang menunjukkan nilai yang negatif kerana berlaku kemelesetan ekonomi iaitu aliran modal lebih dibayar keluar. Ia mungkin disebabkan negara kita membayar balik pinjaman keluar negara dan jumlahnya melebihi pelaburan koporat. Mengikut masa, pelaburan modal swasta semakin meningkat, ini disebabkan ekonomi negara semakin kukuh dan menyakinkan pelabur-pelabur menyuntik modal di negara kita. Sementara itu, kerajaan amat menggalakkan kedatangan pelabur asing. Modal swasta ini merupakan aliran modal jangka pendek di mana kebanyakan dilaburkan di pasaran saham. Sejak tahun 1997, aliran modal jangka panjang mengalami kemerosotan. Krisis ekonomi, menyebabkan para pelabur masih tidak cukup yakin memasuki pasaran semula walaupun indeks komposit masih menunjukkan peningkatan tetapi ia tidak secergas dulu. Secara keseluruhannya, Imbangan Pembayaran Malaysia masih menunjukkan kekukuhannya walaupun pernah menghadapi krisis ekonomi.ANALISA DALAM KELUARAN DALAM NEGERI KASAR (KDNK) MENGIKUT PUNCA-PUNCA KEGIATAN Secara keseluruhannya mengikut masa kita boleh mengatakan bahawa sektor perkilangan menyumbangkan paling besar berbanding sektor-sektor lain dalam KDNK. Malah ia menunjukkan pertumbuhan yang positif antara tahun 1994-1997. Pertumbuhan ini seiringi dengan matlamat negara kita yang ingin menjadi sebuah negara perindutrian pada tahun 2020. Dijangka sektor ini akan terus berkembang bagi tempoh yang seterusnya.Bagi sektor pertanian, perhutanan dan perikanan walaupun mempunyai pertumbuhan yang positif tetapi pertumbuhannya agak lembap jika dibandingkan sektor perkilangan. Fenomena ini berlaku kerana kerajaan menggalakkan dan mementingkan pembangunan sektor perkilangan. Walau bagaimanapun, ia masih penyumbang yang penting kepada KDNK negara kita kerana negara kita merupakan pengeksport utama beberapa jenis tanaman kontan seperti minyak kelapa sawit, getah, nenas dan sebagainya. Harga getah, kelapa sawit yang tidak stabil turut menyebabkan kerajaan memberi tumpuan kepada sektor perkilangan.Sektor perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran juga merupakan salah satu sektor yang mengalami pertumbuhan yang baik kecuali pada tahun 1998 kerana negara kita dilanda krisis kewangan. Sektor ini terus berkembang selepas tahun 1998. Pertumbuhan ini adalah disebabkan oleh perkembangan perindustrian pelancongan di Malaysia kerana kemasukan pelancong yang banyak membawa masuk mata wang asing yang tinggi. Mereka banyak berbelanja di sini semasa melancong kerana nilai mata wang adalah rendah berbanding dengan negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan lain-lain. Selain itu, kerajaan turut mengadakan promosi cuti-cuti Malaysia pada tahun 2001. Keadaan ini turut menggalakkan rakyat Malaysia bercuti dinegara sendiri.Sektor perlombongan dan kuari juga menggambarkan pertumbuhan yang rendah malah dalam beberapa tahun tertentu telah mengalami pertumbuhan yang negatif. Ini disebabkan sumber-sumber perlombongan ini seperti petroleum , bijih timah semakin berkurangan kerana ia merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Tambahan lagi, Kerajan juga mengehadkan pengeluaran sumber ini untuk menjamin penggunaan yang lebih lama. Kerajaan turut menjalankan penyelidikan bagi mencari sumber baru yang boleh menggantikan sumber semulajadi. Kos pengeluaran sumber perlombongan yang semakin menyebabkan pengeluaran yang semakin berkurangan seperti bijih timah. Harga sumber semulajadi turut meningkat misalnya petroleum.INFLASI DAN GUNA TENAGADi Malaysia, masalah mengenai guna tenaga dan pengangguran tidak menjadi satu masalah yang membimbangkan. Sejak tahun 1989, kadar pengangguran semakin menurun kepada tahun 1998 dan kadarnya hanya dalam lingkungan lebih kurang 3%. Ini hanya berlaku di negara yang sedang berkembang atau ia lebih dikenali sebagai pengangguran geseran. Ia adalah pengangguran sementara kerana ingin mencari pekerjaan. Kadarnya masih rendah walaupun negara menghadapi kemelesetan ekonomi pada tahun 1997-1998.Kemasukan pelaburan asing dan pelaburan modal tempatan telah mencipta banyak peluang pekerjaan. Perkembangan sektor tertiar turut menyediakan pelbagai pekerjaan yang berkaitan dengan perkhidmatan seperti perhotelan ,insurans dan perbankan. Pertumbuhan sektor perkilangan dapat menyerap gunatenaga yang banyak. Kerajaan terpaksa menggunakan buruh asing bagi menggerakkan sektor pembinaan, perladangan dan pertanian di Malaysia. Kekurangan pekerja tempatan menyebabkan negara menggunakan buruh asing. Keadaan ini jelas menunjukkan negara mempunyai banyak peluang pekerjaan yang kekurangan pekerja. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak bekerja kerana hendak mencari kerja yang lebih baik yang mewujudkan penggangguran geseran.Dalam membincangkan tentang kadar inflasi di Malaysia, ia juga tidak mengalami pertumbuhan yang tinggi. Kita boleh lihat purata pertumbuhan indeks harga adalah lebih kurang 3% hingga 4% bagi pelbagai jenis barangan seperti makanan, pakaian, perkhidmatan, pengangkutan dan barangan lain tanpa mengira sama ada menggunakan tahun 1990 atau 1994 sebagai tahun asas.Kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa pengangguran di Malaysia semakin menurun tidak diikuti dengan kadar inflasi yang makin meningkat. Ini bererti hubungan tersebut adalah berbeza dengan apa yang dikatakan oleh Philip yang mengatakan kadar pengangguran mempunyai hubungan songsang dengan kadar inflasi.Pembangunan sosio ekonomi Malaysia banyak dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dunia. Sejak awal lagi, pemulihan ekonomi yang dicerminkan oleh pertumbuhan ekonomi Malaysia yang tinggi iaitu pada kadar 9.5% (1988) sebahagian besarnya berkaitan dengan perkembangan ekonomi antarabangsa.Inflasi dan pengangguran tidak menjadi satu masalah yang serius dan sehingga menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. Kedua – dua inflasi dan pengangguran adalah di bawah kawalan kerajaan. Selain itu, kestabilan politik di Malaysia juga sentiasa menjamin perkembangan ekonomi dalam keadaan yang baik tanpa gangguan.Kemelesetan ekonomi dunia pada pertengahan 1997 juga memberi pengaruh yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara di mana prestasi ekonomi merosot dengan teruk. Walaubagaimanapun, usaha pemulihan ekonomi negara melalui dasar yang dijalankan oleh kerajaan mampu menggerakkan semula ekonomi negara

0 Comments:

Post a Comment

<< Home